Wednesday, January 19, 2011

Setiap yang hidup akan mati -_-,

Hye..

Lately asik dengar berita kematian jer..Seriously sedih bila dapat berita anak saudara meninggal petang semalam. Alhamdulillah dah selamat dikebumikan pagi tadi. Me tak pergi sebab kena jaga tadika dan taska.


Setiap yang hidup pasti mati kan. Tak kiralah kecik besar mana seseorang, muda dan tua mana seseorang, Kalau Allah dah tetapkan ajal seseorang, Dia xkan tarik balik. My mom balik tadi cerita. sob..sob..sob tau. Baby baru 6 bulan. so comel lah.. umi cakap baby macam tidur jer. can imagine? tak sanggup tengok.. Penyebab kematian tersedak bubur kat rumah pengasuh. Taska di rumah. Baru dua minggu hantar kat situ. Semalam, first time baby makan bubur. Geram sangat kat makcik pengasuh tu, dia bagi baby makan bubur dalam botol susu. sumbat jer botol tu. wth lah! pastu dia tah kemana wat kerja lain. berapa jam lepas tu masuk tgk baby dah berbuih kat mulut. Please lah makcik..amik kursus ke tak nih! Dulu makcik buat camtu kat anak makcik jugak ker? tak kan? please lah jangan cuai lepas ni makcik..tapi redha jelah..tu semua kerja Tuhan..da sampai ajal dia..tu semua penyebab saja.. -_-,






Ibu mana yang tak sedih kan kalau anak baru lahir, tak sempat besar depan mata, tak puas agah, tak puas main, pergi cepat sebelum dia. Ya ALLAH... berilah kekuatan kepada si ibu dan keluarga..Baby tu terus masuk syurga..org cakap nanti dia akan doakan ibu dia kat sana..maybe semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya kan. who knows? al fatihah untuk baby.. amin.. -_-


Tuesday, December 14, 2010

I miss her!

Hantu Kak Limah Balik Rumah Again. Besh lah cerita tu. Lawak ok. Kali ni bawa rambut gulung (caca). Dah lama tak jumpa ok. even seminggu jer pon. haha. Caca and her family baru je balik dari bercuti di Port Dickson. Triple hitam ok kau caca mandi laut. sangat garang sekarang and dia akan cakap ' tepi arr...' sambil jeling if dia taknak layan  kita. How dare you caca si rambut gulung! Tapi xpe, makngah suka kau belajar cakap. walaupun.....non ado! sejak pandai bercakap ni asik tanya jer. :)


Me : Adah,  pakai seat belt. Nanti ada polis.

adah : ok..

caca : ape? mangah, ape?

me : tak..suruh cik adah pakai tali pinggang, nanti ada polis..

caca : ape mangah ? ape? * tanya lagi

me : nanti kalau ada polis, kena saman kalau tak pakai tali pinggang..kena bayar 300 ringgit..

caca :  Oooooooo..

Alalala..macam faham - faham jelah kan dia nih..macam org tua. haissh!



Bukan je dah pandai cakap, tapi dah pandai makeup dan bergaya sakan. Otw pergi Jusco, habis bag i diselongkar. Blusher, bedak, sikat..semua dia keluarkan. Bole? tak caya tgk nih ;p



Bedak.

Blusher

sikat rambut.
kejut ker? ;p
penat makeup, tido.
syhhhhhh ;p

Lagi gambar..

lunch @johnny's

-_-

ok ok. macam hulk. hijo.

pegi tido, balik pon tido. haiihh.




Note for caca : yay! Nanti makngah bawak isya jalan-jalan lagi yea? dengan maklong, uncle, cik adah. Tak mau bawak azwan ali bukit kapar dengan ijat.

Tau baca ker si caca nih..*sigh.. - _ -,

Friday, November 26, 2010

Hangin out - _ -

hye.

Hari ni plan tengok muvie. Layan cerita ngangkung. Mula-mula nak tengok Rapunzel. Unfortunately, full! Mesti besh kan. Maybe next time. sigh.. Sudahnya layan cerita ngangkung jerla. Actually tak tahu apa maksud ngangkung tu. Dah masuk muvie baru tahu. haha. not bad. kelakar. Tapi tak fahamlah, time saya tak gelak, orang lain gelak sakan. Tapi time saya gelak, orang lain senyap. Err..gelak sorang-sorang. Malu di situ. Blushing *_*


Sebelum masuk muvie, beli ni! Tak dapat tengok rapunzel, beli air dan pop corn rapunzel pon oke lah. kesyyiannn..





 weeee~


Habis muvie, weolls pergi window shopping. suka. Penat jalanlah. Bengang juga dengan si juju a.k.a syuhadah saat tu. Nak mencari kasut vans dia tu, kitorang tawaf satu sunway. Last-last kan..dah jumpa kedai tu kan..dia masuk tak sampai 60 saat pon..bengang kan..bengang tak..mesti bengang kan..benganglah! haish. kalau bengang kena makan ni,




Hot dog chesse blackpaper from 19o1. singgah kejap. penat jalan oh. ;p















Lepas makan terus balik dan jam pula. Lucky, jam tak teruk sangat. Takut drive malam. Tahpape. huu oke okeh, letih. esok nak berkursus. nite2 yaa :)

Monday, November 15, 2010

Special Ice cream Milo chocolate rice

Happy children's day to all children's yah! Hug and kiss. mmuahhhh. Sebenarnya bila hari kanak-kanak ha? konpius lah. haha. Ada celebrate hari jumaat, ada sabtu..nvm lah..hari-hari pon adalah hari kanak-kanak jugak sebenarnya.. :)


This tuesday is a last day weoll sekolah.  Lepas tu cuti panjang dah. Bagi budak-budak memang sorga. Tapi teacher sekolah lagi sebab ada tuition class. Siapa-siapa yang ada anak, adik, jiran, anak sedara, anak sedara jiran, yang nak tusyen bole dtg yer? only rm15 per month. :)


Sempena last day sekolah, weoll nak buat jamuan perpisahan sikit untuk murid 6 tahun yang akan masuk sekolah rendah nanti. Sempena hari kanak-kanak jugakla, me nak bagi kids aiskerim milo chocolate rice teacher ni. Walaupun tak semahal mana, tapi teacher bersungguh-sungguh tahu tak buat aiskrim nih! hey hey hey, korang makan taw!


Actually, last year me jual aiskrim utk kids. Tapi sekejap je. tak larat lah nak buat hari-hari. aha..Ada aiskrim milo, bandung, sarsi, jagung, asam boy, dan kiwi. Sampai depan pintu sekolah dorang dah sambut. nak ice cream punya pasal. Rasa macam YB..auuwww..nampak muka teacher je aiskrim, aiskrim,aiskrim. kelakar lah. Then sampai tahun ni dorang mintak aiskrim. Tapi teacher tak buat dah..dats why teacher bagi suprise kat korang nih. suprise ker? Tak kira, suprise jugak. Mesti korang suka :p



Before - letak chocolate rice dulu
After - Aiskrim milo chocolate rice :p




 Okw, gtg! Daa,

Wednesday, October 27, 2010

Elmo sakit :(

Damn! kereta kancil a.k.a Elmo rosak. dah 3 4 hari tersadai depan rumah. Every morning meragam tak boleh start. My dad da check, dan tak tahu puncanya apa. sigh.. Maybe saya asik cakap nak beli dan tukar kereta baru depan dia? pernah denga tak kalau kita nak beli kereta baru then kita cakap depan kereta lama yang kita nak tukar kereta baru, kereta tu akan merajuk? ok ayat berterabur habis! hah, saya ada cakap hari tu dengan umi, saya nak tuka kereta produa viva. terus elmo buat hal. Boleh macam tu? tak kot. Tak elmo tak..syg elmo taw..takmau kereta lain! elmo cute, elmo kuat, elmo baikk..elmo baiiik deh! kena cakap macam ni hari2 sebelum naik kot baru dia ok kan? Lepas tu jiran-jiran akan cakap fynaz gila cakap sorang-sorang. haha. Mungkinlah kot sebab kereta tu dah lama kan, so dia meragam lah. macam manusia jgak..muda bertenaga, bila dah tua macam-macam penyakit datang. sob..sob..


                                 
                sekali lagi, elmo comel, elmo baikk! :p



Tapi now rasa lega sikit sebab ayah dah panggil pomen untuk check kereta tadi and we found the problem..battery! battery habis gila! Tak payah risau lepas ni. serious..lately asik risau jer pasal kereta..yelah..banyak duit nak kena pakai if kereta rosak. betul kan itu, betul kan ini. tapi bila dah tau apa yang rosak, kita boleh spend money and budget siap-siap..lucky sebab tak ada apa yang rosak sangat. just kena beli battery baru jer. lepas ni boleh shopping!! bhahaha. :) gtg

Monday, October 11, 2010

Sayang rambut - __ -'

Hari ni first day kids exam. macam-macam hal. periksa macam tak periksa jer. ade yang berjalan, ade yang main bawak mainan, makan jajan. haih! budak-budak kan..ok ok. teacher pon dlu mcm tu jgak. And maybe hari ni first day dorg exam, so kids mcm blur-blur ckit. banyak karenah + penat. sangat susah ok nak suruh diorang siapkan paper. sampai kena berjanji beli hadia ben10 & barbie baru masing-masing semangat nak siapkan. Tapi alhamdulillah semuanya ok. finally siap jgak 1 paper sampai habis. paper math. teacher lega.    - __ -'



Buat betul-betul dpt hadiah ben10 ngn barbie taw! :)



Lepas habis kelas, me terus pick up  my sister dekat rumah then terus pegi shah alam. gunting rambut di saloon MANJA. Memang selesa gunting kat saloon tu and dah terbiasa pergi saloon tu. setiap kali potong hanya Rm20 sahaja. Rambut dah panjang sangat, sayanglah nak potong. rasanya dah 9 bulan simpan rambut ni. argh! tapi tak tahan rimas sangat. so ambil decision nak potong layered style coz sebelum ni potong rata saja. tp lepas dapat suggestion dari tukang gunting, me potong rambut biasa jer. sebab kalau saya buat layered, rambut akan jadi pendek. me tak mahu ok. so dia potong rambut yang rosak sahaja dan repair apa yang patut.  



                                                       


Thanx to my dear sis juju sebab teman kakngah. :)  gtg. lapar!!  

Thursday, October 7, 2010

Mari berbelog! - __ -

hye hye hye!

This is my new blog. weee~